Saturday, May 29, 2010

BERSAWANG!!!!

BERSAWANG, tu ayat first terpacul dari otak aq bila aq klik dekat button " NEW POST"..
haha..adesh dah setgh bulan aq x update blog aq ni. Well tgh cuti sem kan, jadi..aq pun cuti lah update blog..(boleh???) bnyk jga cerita nk post actually, but biasalah..kalau malas nak taip pun apa guna, betul??

**************************************************

Assalamualaikum semua..:-)

Harini jumaat, eyh sabtu..dah jam 2 pagi rupanya tatkala jariku menekan2 papan kekunci komputer riba ku ini.Semalam, jumaat.berlaku kemalangan kecil di teratak usang ku. Begini kisahnya, petang tu, kakak ku membawa ayah ku ke klinik,  di temani emak serta abang ku, dan anak buah sayangku, si aisyah telah ditinggalkan dan menangis tidak henti. Atas dasar kasih sayang dan kahsihan, aq mendukung aisyah dan memeluknya dengan erat untuk menenangkan dan meredakan kesedihan yang di alaminya. Aq membawanya keluar rumah(beranda) untuk   menggembirakan hatinya. Usaha aq berjaya..dia senyap lantas aq dudukkan dia di atas kerusi.

 Aq masuk sebentar untuk mengambil lapik meja, dan sedang aq menegenakan lapik meja tersebut, tanpa aq sedari aisyah telah terjatuh ke lantai, bam, tersembam wajahnya. Aq kaget, lantas mendapatkan aisyah, bibirnya pecah dan dia meraung semahunya. Darah pekat mengalir deras, aq dengan pantas ke dapur dan memanggil ibunya. Ibunya panik, dia membawa aisyah ke sinki untuk mencuci darah aisyah, manakala aq, mendapatkan ais untuk di tuam dibibir aisyah..Keadaan menjadi tidak keruan, ibunya bertanyakan soalan bertalu2 kepadaku. "macam mna ni kayed? macam mana boleh jatuh? di sulami dengan tangisan aisyah. 

Aq menceritakan apa yang berlaku sambil mencuci darah di sekeliling mulut anak buah ku itu. Beberapa minit kemudian keadaan reda, kakak ku mencapai kunci keretanya lantas menghidupkan kenderaanya, deruman enjin kereta mula kedengaran. Dia ingin membawa aisyah keluar untuk meredakan tangisan aisyah. Usahanya berhasil, hanya senggukan yang kedengaran sekarang, tiada lagi tangisan kesakitan. Aisyah terbaring keletihan di pangkuanku lalu tidur...sekian...


bibirnya yang membengkak, kesiannya yayang pak teh..

Thursday, May 6, 2010

SELAMAT HARI IBU


Ni ja ya..sambungan nanti2..tgh busy final exam..weeee...:-P