Thursday, June 24, 2010

A night with Farhan and Iswan

Mood : Chill
Place : Living room
Music: slow( taxi band-hujan kelmarin)
Drink : Bliss yogurt

Jam dinding menunjukkan angka 0100hr, asap rokok ku hembus perlahan dan berlegar di ruang tamu teratak usangku. Jari ku ligat menaip papan kekunci komputer ribaku. Aq baru sahaja pulang dari minum2 bersama2 rakan-rakanku, Iswan dan Farhan.

iswan

farhan




Sudah lama rasanya kami tidak berjumpa dan minum bersama(walhal tak sampai 2 minggu lepas kami bertemu) Gerai Char Kuey Teow Taman Bukit Kapar, tempat kami janji untuk berjumpa. Jam 8.55 malam, kedengaran bunyi enjin motorsikal berhenti di perkarangan teratak usangku, Iswan. datang untuk mengambilku memandangkan tiada kenderaan untuk ku gunakan untuk menuju ke tempat yang dijanjikan.

Kami terus ke menuju ke destinasti. Kelibat Farhan masih belum kelihatan. Aq dan Iswan membuat pesanan dahulu. 5 minit kemudian. Farhan pun sampai, setelah berjabat tangan, Farhan menarik kerusi dan memangil "waiter" untuk memesan minuman. Kami berborak kecil.Tidak lama kemudian kami memesan makanan pula, char kuey teow biasa. Iswan pula teringin memakan burger katanya lantas mencapai kunci motorsikalnya dan pergi ke gerai burger berhampiran. Aq dan Farhan sambung berborak..

                                  ************************************************

Lebih kurang 15 minit kemudian, makanan kami sampai, bgitu juga Iswan. Doa makan telah ku bcakan, dan kami menikmati hidangan masing2..Kami terus berbual kosong. Begitu bnyk topik yang kami ceritakan, dari camera, planning untuk bercuti, kisah penjara pudu dan bnyk lagi. Gelak tawa kami memecah kesunyian malam.

Kami semememangnya akrab, Farhan dan Iswan berkenalan sejak dibangku sekolah menengah lagi, sehingga lah tingkatan 3 dimana Iswan berpindah ke sekolah lain. manakala aq mengenali Iswan agak lewat, setelah setahun meninggalkan sekolah kira-kira, itupun setelah di kenalkan oleh Farhan. Aq dan farhan, rakan sekelas semasa tingkatan 4&5. Atas dasar minat yang sma, FOTOGRAFI, kami bertiga kian rapat. Seronok berborak bersama mereka, bnyk juga benda yang dikongsi bersama..:-)


Sebatang demi sebatang rokok dinyalakan.Tak tahu kenapa, tapi hampir separuh kotak rokok Dunhill 20 aq hisap malam ini sahaja. Lepas gian barang kali..semasa update blog ini sahaja, sudah 3 batang aq hisap..:p Tanpa disedari, jam menunjukkan angka 12.15, begitu pantas waktu berlalu. Rasanya seperti baru sahaja kami bertemu. 

Aq lihat sekeliling, hanya kami bertiga sahaja yang tinggal. Kami masih berbual kosong..tidak lama kemudian aq memanggil pekerja gerai tersebut untuk mengira makanan kami. Selesai membuat bayaran, kami pun menuju ke motor masing2 dan mengucapkan selamat tinggal, Farhan akan ke Johor untuk posting sabtu ini, dan aq, akan pulang ke Ipoh isnin depan untuk meneruskan pelajaran.Iswan pula, sedang practical di Shah Alam..

nyum3

Sekian sahaja entry kali ini.., oh ya..dengarkan ya lagu taxi band ni..:-)






psst, gosok2 pipi, ada plak jerawat bru tumbuh 2 biji adoooooooooo!!!!!!!!

2 comments:

the_builder said...

Rokok Membahayakan kesihatan...ingatlah sebelum TUA..hehehe

chefared17 said...

aha..tq for reminding..:-)