Monday, April 14, 2025

Misi Takluk The Dragon's Back

Mood: Natural
Listening to: Sabrina Carpenter - Please Please Please
Drinking: Americano

Sunday, April 13, 2025

I need a vacation!



Mode: Exhausted
Listening to: Yuna - Hilang Dari Raya Ku

Aku rasa raya tahun paling tak relax, sebab kau bayangkan eh, hujung-hujung time nak cuti tiba-tiba bos kau bagi task mengejut, which is nak kena design 2 jenis booklet dan send for printing before holiday.

Gila tak karai, dah lah petang Khamis(27/3/2025) baru bagi tahu benda tu nak guna untuk seminar pada Selasa(15/4/2025). Tak cukup tanah aku nak settlekan sampai terpaksa datang kerja pada hari Sabtu(29/3/2025). Orang dah mood nak beraya dah.

Mujurlah assistant aku dah start up buat design, cuma still aku lah kena finalize, nak kena proof reading, nak kena tukar balik information segala. End up hari Rabu(2/4/2025) yakni hari raya ketiga, aku terpaksa masuk kerja jugak sebab mana lah done nak submit printing sebelum cuti haritu.

Gila mental. Lepas tu hari Jumaat(4/4/2025) boss aku panggil untuk meeting. Guess what? Dia tambah lagi kerja eh, nak suruh intervene seminar tu. Sebab organizer seminar tu macam tak proactive, diorang tak timely update progress dekat boss aku, so boss aku dah hilang kepercayaan.

Dah kena buat group whatsapp pulak kena add in person in charge, admin company, dengan boss aku sekali dalam group tu. Selasa(8/4/2025) boss aku suruh meeting dekat venue seminar tu. Nak finalize apa benda semua lah. Dah lah aku dengan puasanya (puasa 6) balik dari meeting tu aku terus tidur 2 jam dekat ofis. Serious aku rasa nak pitam. Aku suruh assistant aku cover kerja-kerja pending.

After lunch hour baru aku rasa okay sikit. Dah boleh settlekan kerja tertunggak.


———————————————————————
Hari Khamis(10/4/2025) hari terakhir puasa sunat syawal. Actually aku dah plan dengan someone nak buka puasa sama sebab kami sama-sama habis puasa. Aku memang betul-betul looking forward sebab honestly aku rindu nak jumpa dia. Alang-alang boleh lah beraya sekali. Tapi plan tu pun cancel jugak sebab aku balik lewat. Ada something came up, kena settlekan kerja. Terpaksalah cancel buka puasa sama, sebab memang tak done kalau nak meet up sebelum waktu buka puasa. End up aku singgah Setia City Mall je, buka puasa sana sorang.

Sebelum berbuka puasa, aku wish lah selamat berbuka puasa dekat member tu, and dia bagi gambar sandwich. Kecewa gila tak boleh nak buka sama. Kami plan nak makan nasi lemak burung hantu dekat PJ tu, tapi takde rezeki.

Usai buka puasa, aku terus balik, sebab exhausted and kecewa. Time otw balik member tu WhatsApp “makan nasi lemak lepas Isya’ lah.” Tapi aku belanja blue tick je sebab aku betul2 exhausted and aku dah melantak nasi ayam claypot.

Sorry 🥹.

Recently aku kerap repeat lagu ni. Ntahlah, aku tak tahu kenapa. 




Friday, April 11, 2025

Should I make a comeback?

Mood: Mixed
Listening: "Suara Takbir" - P. Ramlee (Versi Akustik oleh Ajek Hassan)
Drinking: H20

Salam and good day readers! Allah, dah bersawang betul blog aku ni. Last post tahun 2011, dah lebih sedekad. Aku rasa tak relevan dah pun blogging ni. Ye lah, sekarang kan zaman media sosial yang lebih mesra pengguna.

 2 - 3 hari ni, aku macam rajin curi - curi masa tengok blog blog yang pernah aku follow. Padahal punya banyak kerja nak kena settle. Aku rasa in a way, aku baca blog ni untuk distract diri aku dari kerja.

Rasa kelakar pulak bila baca balik post post aku sebelum ni, tapi ya lah kan, zaman dulu couldn't care less. Kau nak taip apa, kau taip je lah. Immature betul dok aq aq. Ha ha ha.

Aku rasa macam nak start blogging balik, at least aku ada channel untuk luahkan anything yang tak dapat aku luahkan. Kalau luahkan dekat orang pun belum tentu orang akan faham.

Apa pun, ikut lah tahap kerajinan aku nanti kan kalau aku nak share, sebab kerja pun dah seharian menghadap komputer, takkan nak menghadap komputer/telefon pintar lagi nak blogging.

Sampai jumpa lagi.