Mode: Exhausted
Listening to: Yuna - Hilang Dari Raya Ku
Aku rasa raya tahun paling tak relax, sebab kau bayangkan eh, hujung-hujung time nak cuti tiba-tiba bos kau bagi task mengejut, which is nak kena design 2 jenis booklet dan send for printing before holiday.
Gila tak karai, dah lah petang Khamis(27/3/2025) baru bagi tahu benda tu nak guna untuk seminar pada Selasa(15/4/2025). Tak cukup tanah aku nak settlekan sampai terpaksa datang kerja pada hari Sabtu(29/3/2025). Orang dah mood nak beraya dah.
Mujurlah assistant aku dah start up buat design, cuma still aku lah kena finalize, nak kena proof reading, nak kena tukar balik information segala. End up hari Rabu(2/4/2025) yakni hari raya ketiga, aku terpaksa masuk kerja jugak sebab mana lah done nak submit printing sebelum cuti haritu.
Gila mental. Lepas tu hari Jumaat(4/4/2025) boss aku panggil untuk meeting. Guess what? Dia tambah lagi kerja eh, nak suruh intervene seminar tu. Sebab organizer seminar tu macam tak proactive, diorang tak timely update progress dekat boss aku, so boss aku dah hilang kepercayaan.
Dah kena buat group whatsapp pulak kena add in person in charge, admin company, dengan boss aku sekali dalam group tu. Selasa(8/4/2025) boss aku suruh meeting dekat venue seminar tu. Nak finalize apa benda semua lah. Dah lah aku dengan puasanya (puasa 6) balik dari meeting tu aku terus tidur 2 jam dekat ofis. Serious aku rasa nak pitam. Aku suruh assistant aku cover kerja-kerja pending.
After lunch hour baru aku rasa okay sikit. Dah boleh settlekan kerja tertunggak.
———————————————————————
Hari Khamis(10/4/2025) hari terakhir puasa sunat syawal. Actually aku dah plan dengan someone nak buka puasa sama sebab kami sama-sama habis puasa. Aku memang betul-betul looking forward sebab honestly aku rindu nak jumpa dia. Alang-alang boleh lah beraya sekali. Tapi plan tu pun cancel jugak sebab aku balik lewat. Ada something came up, kena settlekan kerja. Terpaksalah cancel buka puasa sama, sebab memang tak done kalau nak meet up sebelum waktu buka puasa. End up aku singgah Setia City Mall je, buka puasa sana sorang.
Sebelum berbuka puasa, aku wish lah selamat berbuka puasa dekat member tu, and dia bagi gambar sandwich. Kecewa gila tak boleh nak buka sama. Kami plan nak makan nasi lemak burung hantu dekat PJ tu, tapi takde rezeki.
Usai buka puasa, aku terus balik, sebab exhausted and kecewa. Time otw balik member tu WhatsApp “makan nasi lemak lepas Isya’ lah.” Tapi aku belanja blue tick je sebab aku betul2 exhausted and aku dah melantak nasi ayam claypot.
Sorry 🥹.
Recently aku kerap repeat lagu ni. Ntahlah, aku tak tahu kenapa.
No comments:
Post a Comment