Mood: Natural
Listening to: Sabrina Carpenter - Please Please Please
Drinking: Americano
Salam dan selamat pagi bloggers!
Bersesuaian dengan tajuk entry ni, harini aku nak share experience aku dalam misi menakluk "The Dragon's Back"
So, Jumaat lepas, 11/4/2025 member kampung aku ada tanya "menu" berlari untuk hari Ahad, 13/4/2025. Aku pantas je respon cakap takde, so dia suggest lah The Dragon's Back. Actually memang dah lama berangan nak try route ni, cuma takde geng.
Oh ya, actually sejak hujung tahun 2023, aku baru berjinak-jinak merpati dalam dunia larian. Takde lah serious sangat, sekadar nak sehat je.
Okay sambung cerita, so hari Ahad tu dalam pukul 7.30 pagi camtu member aku si Asshafiq tu sampai rumah aku (walaupun janji nak lari pukul 7 pagi). Lepas dah warmup segala kitorang terus slow run ke starting point The Dragon's Back tu, walaupun namanya slow run, tetaplah heart rate aku tak relax(satu masalah yang aku cuba nak selesaikan, maybe sebab kurang training and teknik aku tak betul)
Ini hah route dia, macam roller coaster.
Okay sedikit information berkenaan The Dragon's Back, menurut carian google maps, panjang jalan ni adalah dalam 5.5km plus minus, dari simpang 4 Jalan Bukit Cerakah hingga ke simpang Jalan Paip, Meru Klang. Mula-mula starting point dia pun memang dah mencanak naiknya, kalau kaki tak strong, first bukit dah bonk bak kata runners2 tegar. Tempat ni memang famous untuk runners dan riders(riders ke ek orang panggil yang naik basikal tu?)
Sambung, dari rumah aku nak ke starting point dalam 3.5km macam tu. Masa nak start naik tu dah tantrum dalam hati sama ada nak habiskan sampai hujung atau ikut mana mampu je. Ha ha ha! Dah plan dengan member tu, kalau kita habis sampai hujung, kita berhenti sarapan dekat Warung D' Lereng Budiman , lepas tu balik rumah naik grab je.
End up dekat bukit ke 2 (time ni jarak larian dah dalam 5.3km lebih kurang) kami stop ambik-ambik gambar buat rasa-rasa lepas tu patah balik.
Kesimpulannya, misi takluk The Dragon's Back ni GAGAL! Tapi takpe, next time kita try bagi habis. Aku rasa energy dah habis masa dalam perjalanan nak ke starting point je (alasan).
Ni hah member aku.
Gaya je lebih.
Lari-lari anak.
Lihatlah DUNIA!!!!
Usaha tangga kejayaan.
No comments:
Post a Comment