Friday, February 4, 2011

Too hard to forget..:(

Time aq kenal kau dulu,
aq rasa kau org paling baik yg aq kenal..

kau berdikari,
kau berikan aq semangat,
kau berikan aq inspirasi,
kau buat aq rasa hidup aq bermakna,
kau buat aq rasa diri aq istimewa,
kau berikan aq harapan baru,
kau sentiasa ada utk dgr cerita aq,
kau sentiasa bagi aq moral support.
kau buat aq merubah cara hidup aq,


pendek kata, kau segalanya bagi aq.

tapi itu dulu..

10 Julai 2009, tarikh itulah kali terakhir aq disisi kau.

aq masih ingat, semasa dalam perjalanan untuk menghantarku ke stesen lrt, lagu Yuna - Dan Sebenarnya, sedang diputarkan di corong radio.
aq rasakan sesuatu, x dapat aq gambarkan perasaan aq, mata aq berkaca namun aq pantas menyeka mataku sebelum air mata bergenang..
tanpa ku sedari, sudah pun sampai ke destinasi. . kau hulurkan tangan kau untuk bersalam dan dgn pantas aq menyambutnya lantas menyiumnya tanda hormatku. Kemudian kau hulurkan nota rm 5 dan 1 ringgit, untuk sarapanku katamu. Aq menolaknya tetapi kau berkeras menyuruhku mengambilnya.

Aq akui, agak berat untuk kakiku melangkah keluar dari kereta kau.. Namun aq terpaksa!
sebaik aq keluar, kau lemparkan senyuman padaku dan terus meninggalkanku..:(

Dang Wangi, itulah stesennya..tempat terakhir aq bersama kau. Aq perhatikan sahaja kereta kau meluncur laju sehingga hilang dari pandangan mataku. tanpa aq sedari, air jernih berlinangan di pipiku. tidak dapat ku bendung lagi. Aq sendiri tidak tahu mengapa..takut kehilangan kau barang kali...

Haish, sudah setahun lebih peristiwa itu berlaku..namun, ianya masih segar dalam ingatanku...


Terima kasih untuk segalanya...


SHS....